Assalamualaikum,
Saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan selamat menyambut Hari Raya Aidil Fitri, maaf zahir dan batin kepada semua rakyat Malaysia yang beragama Islam dan khusus kepada semua warga MHS. Semuga Hari Raya tahun ini membawa keberkatan kepada kita. Kepada warga MHS yang bukan beragama Islam saya mengucapkan selamat bercuti.
Dikesempatan ini juga saya ingin menjempaut kepada semua untuk hadir ke rumah saya sempena Hari Raya ini diketetapan berikut:
Tarikh : 22 September 2009
Hari : Selasa
Masa : 3.00 ptg - 9.00 mlm
Alamat : No 2, Jalan K.M. 1,
Taman Kandang Mesra,
75460 Melaka.
Monday, September 21, 2009
Tuesday, September 1, 2009
Komen, Cadangan dan Pertanyaan
Sekiranya ada komen, cadangan dan pertanyaan sila e-mail ke alamat berikut azfa255@yahoo.com. Segala komen dan cadangan anda amat-amat dialukan.Terima kasih.
Saturday, August 29, 2009
Pengenalan
Perakaunan atau prinsip akaun merupakan pengukuran, pendedahan atau peruntukan kepastian mengenai maklumat yang membantu pengurus dan orang lain yang membuat keputusan perniagaan bagi membuat keputusan mengenai peruntukan sumber. Perakaunan kewangan ialah salah satu cabang perakaunan yang asas kerana melibatkan proses-proses yang mana maklumat kewangan mengenai suatu perniagaan direkod, dikelas, dirumus, ditafsir dan dihubungkan. Kerja audit, disiplin yang berkait rapat tetapi berbeza daripada perakaunan, merupakan proses yang mana seorang juruaudit yang bebas (tidak menyebelahi mana-mana pihak) mengkaji penyata kewangan sesebuah pertubuhan agar boleh memberi pandangan - yang memberi jaminan yang boleh diterima akal tetapi bukan secara mutlak - mengenai keadilan dan ketepatan penyata kewangan terhadap prinsip-prinsip perakaunan yang diterima umum (GAAP), sejauh mana yang dianggap mustahak (material).
Subscribe to:
Posts (Atom)